ResepiRendang Ayam, resepi yang diadaptasi dari chef terkemuka kita iaitu Chef Wan. Hidangan yang sedap dimakan bersama lemang, ketupat ataupun juga pulut kuning.Untuk resepi ni Che Nom gunakan cara menumis dalam minyak kerana dapat membangkitkan aroma rempah yang digoreng, tetapi anda boleh juga gunakan kaedah memasak rendang tanpa menumis, iaitu masuk kesemua bahan dalam kuali dan masak
Rendang Pedas Perak ini cukup terkenal di negeri Perak. Ya lah nama pun rendang pedas Perak. Kawan baik saya, Puan Mai Zatul Akmar pernah memberitahu yang orang Perak hanya memasak rendang pedas ayam di musim raya. Tidak rendang daging. Kalau daging, mereka akan memasak rendang tok. Itu pun biasanya untuk majlis dan kenduri sahaja kerana penyediaannya yang agak remeh dan memakan masa yang solat sunat Dhuha, saya melayan layan Instagram dan ternampak rendang pedas daging yang disediakan oleh Puan Sri Raja Noora yang memang orang Perak. Kata Raja Noora, rendang ini menggunakan bahan yang banyak dan daun kunyit pula mesti banyak dari rendang lain. Puan Sri dan anakanda beliau, Cho memang tak lokek ilmu kerana ilmu sebegini besar ganjarannya bila kita tiada lagi di dunia ini. Teringat pulak kenangan dulu dulu, menyediakan bahan bahan untuk rendang pedas ayam secara beramai ramai di rumah Bonda Mertua sehari sebelum raya. Mengupas dan menghiris berkilo kilo bahan bahan. Yang paling best bila saat berbuka puasa akhir Ramadhan, menceduk dan memilih bahagian rendang ayam yang disukai terus dari kuali. Makan ketika masih panas panas memang sedap. Berbuka puasa dengan duduk di lantai memang tak akan ada lagi pengalaman seperti ini. Cara arwah Bonda mertua saya menyediakan rendang pedas ialah dengan semua bahan diricik dan dihiris halus. Halus dan tipis tipis. Memang salute sangat dengan kegigihan. Yang dikisar, hanya kunyit hidup dan cili kering. Manakala bawang merah, bawang putih, halia, serai dan daun kunyit semua dihiris nipis. Kata kakak ipar, orang zaman dulu tak ada peti ais tapi rendang mereka tahan lama. Tak mudah basi. Kalau dihiris memang lebih tahan kerana tidak menggunakan kerana teringin nak makan, saya minta Hubby ke kedai runcit untuk beli ayam dan santan. Saya mulai memasak dengan menghiris bahan bahan sebab saya mahukan rendang yang sama seperti yang saya makan dulu. Sebelum ini, saya kisar semua bahan bahan hiris ni sebab mahu cepat. Saya juga keringkan dulu air ayam seketika sebelum dimasukkan bahan bahan hiris. Kemudian bila dah kering, baru masukkan santan. Kiranya saya tambahbaik cara penyediaannya berdasarkan pengalaman menyediakan rendang selama ini. Saya juga ikut cara kakak ipar saya yang memotong ayam kecil sahaja. Jadi lebih mesra dengan bahan bahan dan lebih kerana sangat berbaloi baloi. Sedap tak terkata. Masa berbuka, saya hanya makan rendang dengan nasi impit sahaja. Terasa sangat sedap seolah bertahun tak jumpa rendang. Sebetulnya sejak raya lagi, saya tak makan rendang walaupun saya yang memasaknya sendiri. Selepas memasak, terus rasa kenyang dan hilang selera makan. Pagi raya pun saya makan mee hoon goreng daun limau purut jer. Tak makan rendang hampir seminggu raya, baru terasa nak makan rendang, nak makan lemang, nak makan kuah lodeh, soto ayam. Aduhaai macam macam lah pula. Sukatan yang saya gunakan hari ini sangat sesuai untuk seekor ayam tapi jika suka lebih berserdak, bolehlah tambah lagi bawang bawang, halia dan serai serta santan. Kalau nak makan dengan nasi impit atau lemang, kita nak cicah dengan kuah yang berserdak tu, barulah sedap. Jom layan resipi yang saya gunakan hari ini dan cara penyediaannya. Selamat mencuba....Rendang Pedas Perak Versi Bonda MertuaBahan bahan1 ekor ayam½ kg santan segar pekat + air = 1 liter2 keping asam keping3-4 sudu besar kerisik kelapa goreng1 sudu besar kunyit hidup kisar - 3 inci kunyit hidup2-3 sudu besar cili kering kisar - ikut pedas disukaiGaramBahan hiris halus15 biji bawang merah8 ulas bawang putih6 batang serai3 inci halia2 helai daun kunyit Cara caraMasak ayam sehingga air agak kering. Masukkan semua bahan hiris dan cili kering kisar. Kacau rata dan masak sehingga air hampir santan, asam keping dan masak sehingga terbit kelapa goreng, garam dan daun kunyit yang dihiris halus. Masak sehingga kering yang disukai. Boleh keluarkan asam keping, takut terlebih rasa. Sedia untuk suka rendang yang lebih berserdak, tambahkan bahan hiris dan santan segar.
ResipiRendang Paling Sedap Dan Hebat Pernah Dicipta 2016. Masak sehingga santan mendidih kemudian masukkan garam. Kalau santan pekat, bolehlah kurangkan dan tambah air. Agak tidak terlambat untuk Kak Noor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua pengunjung blog Sajian Dapur Bonda.
Ramadhan Kareem buat semua pembaca blog Azie Kitchen. Hari ini ialah hari ke4, kita semua berada di Akademi Ramadhan, jadi pastikan kita berjaya hingga ke akhirnya dan menamatkan akademi Ramadhan dengan kejayaan. Hari ini saya ingin berkongsikan resepi Rendang Daging Sedap giler. Melihat tajuk resepi jer dah membuat hati teruja untuk mencuba. Klik blog Baked By Che Ta di SINI. Untuk menghasilkan rendang Asmah Manjalara yang sedap dan tahan lama, disarankan supaya kita hanya menggunakan bahan bahan asli dan segar. Resepi ini yang digunakan untuk mengambil tempahan dan juga pernah tempat pertama dalam pertandingan masakan. Ohh kalau tak teruja lagi dengan keterangan resepi ini tak tahu lah nak kata apa lagi. Serius harum semerbak dapur semasa ianya sedang disediakan. Saya ada jugalah tidak mengikut resepi sedikit sebanyak iaitu menggunakan serbuk ketumbar dan jintan yang telah siap dikisar. Tapi kalau di sangai dan kisar sendiri, pasti lebih lagi lah wanginya. Satu cara nak menghasilkan rendang yang sedap ialah dengan menggunakan bawang yang banyak serta santan yang banyak, terutamanya santan segar. Pasti sedap. Saya suka rendang yang sedikit berkuah dan basah. Jika suka rendang yang sedikit basah, bolehlah ditambah sedikit air, jika ianya terlebih kering. Kuah rendang boleh di adjust adjust dengan menambah air. Kalau suka rendang seperti rendang Minang atau rendang Tok yang lebih kering, ianya dikacau atas api perlahan sehingga ianya menjadi kering dan berwarna gelap. Apa pun pilihan dan kesukaan kita, buat aje kerana kita yang membuatnya kan? Gambar rendang yang sedikit basah seperti di dalam gambar di bawah ini... Jom layan resepi dan petua petuanya yang diberikan Che Ta di bawah resepi ini. Terima kasih banyak banyak kepada Che Ta kerana telah sudi berkongsikan resepi serta memberi pula tips yang sangat berguna untuk menghasilkan rendang yang sedap dan tahan lama. Bolehlah sama sama kita cuba menyediakan rendang ini di bulan Ramadhan sebagai hidangan berbuka atau bersahur dan boleh menyediakannya sekali lagi untuk hidangan di pagi Raya Aidil Fitri nanti. Selamat mencuba.... Rendang Daging Sedap Giler Bahan bahan 1 kg daging 3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar 1 kg santan pekat 4 sudu besar kerisik - guna 1 1/2 pek 2-4 helai daun kunyit-carik Garam, asam jawa dan gula Bahan A 8 ulas bawang merah - saya tambah 1 biji bawang besar sedang 5 ulas bawang putih 2 inci halia Bahan B 2 inci lengkuas muda 7 batang serai - hiris 2 sudu besar ketumbar rata - sangai wangi 1 sudu besar jintan manis - sangai 1 sudu besar jintan putih - sangai Cara cara Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B. Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak banyak sesuai dengan kuantiti bahan yang ditumis. Jika kurang, bahan bahan tumis tidak cukup masak. Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk. Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya. Cara memasak menggunakan periuk Noxxa Tekan butang stir fry dan masukkan minyak. Bila sudah panas masukkan bahan A. Kacau hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Off kan butang stir fry. Masukkan daging, santan, kerisik dan daun kunyit. Untuk sekilo daging santan pekat lebih kurang 1/2 bahagian periuk dan jangan terlalu kurang cecair santan untuk mengelakkan bahagian bawah dasar periuk berkerak. Gaul rata. Tutup periuk dan tekan butang high pressure selama 30-40 minit. Bila sudah cukup masa keluarkan angin dari periuk dan buka tutup periuk. Tekan butang stir fry untuk mengeringkan rendang. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Suaikan rasa ikut selera. Kacau kacau selalu dan masak hingga kering. Cara lain untuk mengeringkan rendang ialah aku alihkan rendang dari periuk Pressure Cooker ke dalam kuali dan keringkan dalam kuali besar. Lebih mudah untuk mengacau hingga kering. ***Tips. 1 Pastikan bahan bahan yang ditumis benar benar masak supaya rendang tahan lama. 2 Bila rendang telah agak agak kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak. 3 Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu. 4 Untuk membuang minyak yang berlebihan - kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah tengah kuali. Bila telah sejuk ambil rendang ditepi tepi kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya. 5 Jika menggunakan periuk PC set masa 20-30 minit untuk daging batang pinang dan daging biasa selama 30-40 minit. Proses mengering rendang akan menjadikan daging lebih lembut. 6 Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung saji yang besar bulat. 7 Gunakan rempah2 yang masih baru dan disangai hingga wangi. Rempah rempah ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap. Percayalah...jika rendang anda sedang menggelegak dan bau harumnya mula terhidu dan buatkan anda berasa lapar atau terasa nak makan maknanya rendang itu pasti sedap. Suaikan rasa masam, manis dan masin.
6ulas bawang merah Resepi ayam bali azie kitchen Resepi ini sangat sesuai untuk anda yang bosan dengan menu ayam yang itu-itu sahaja. Pejam celik pejam celik jika dipanjangkan umur kita akan tiba di bulan Ramadhan lagi Memang sedap sehingga saya makan mengulang berkali kali Kali ini saya menyediakan rendang ayam versi mudah iaitu semua bahan
Sebelum kita berkongsi bab resepi, saya ingin kongsikan berkenaan cubaan pecah masuk rumah kami hari Sabtu malam Ahad yang lalu. Taktik penyamun sekarang bila masuk ke kawsan perumahan, akan memberitahu guard di security check point untuk pergi ke rumah VIP yang tinggal dalam kawasan tersebut. Mereka memandu kereta mewah Alphard yang dipandu oleh wanita yang wajah persis wanita dari negara Timur Tengah. Mereka juga melakukan cubaan ini dalam pukul - malam, bukan lagi pagi hari seperti dahulu. Kami bernasib baik kerana ada jiran jiran yang sangat prihatin antara satu sama lain. Jiran saya yang ketika itu sedang berbasikal bersama isteri beliau, melihat kereta diberhentikan di tepi rumah kami. Apabila jiran kami menghampiri, kereta tersebut dipandu dalam keadaan tergesa gesa dan tidak berhenti melihat kereta yang bergesel kuat dengan tepi jalan. Ianya menambah curiga jiran kami yang mula meninjau sekeliling dan ternampak ada kepala manusia di dalam longkang tepi dinding pagar kami. Jiran kami berpura pura tidak nampak dan berhenti agak jauh untuk terus memerhati dan melaporkan pada security. Penyamun tersebut kemudian melarikan bila melihat guard datang. Mereka bertiga bersenjatakan pisau dan memakai ski mask. Lemah menggigil lutut saya bila mendapat panggilan dari jiran. Saya ketika itu berada di Tropicana Medical Centre TMC melawat Dato Salehuddin yang menerima rawatan di situ. Hanya Boy dan Nelly sahaja yang ada di bilik masing masing ketika itu. Saya berkongsi pengalaman ini sebagai peringatan untuk kita semua supaya lebih berhati hati dengan taktik yang digunakan oleh manusia yang bertopengkan iblis ini. Setiap kali keluar dari rumah, saya akan membaca doa yang diajar oleh arwah Bonda iaitu, "Bismillahi tawakkaltu 'alallahi walaa haula walaa quwwata illa, billaahil aliyil adzhiim". Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya. Barang siapa keluar dari rumahnya, lalu membaca zikir di atas, maka malaikat akan berkata kepadanya “sungguh kamu telah diberi petunjuk oleh Allah Ta’ala, dicukupkan dalam segala keperluanmu dan dijaga dari semua keburukan”, sehingga setan-setanpun tidak bisa mendekatinya, dan setan yang lain berkata kepada temannya Bagaimana mungkin kamu bisa mencelakakan seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga oleh Allah Ta’ala?” Ada ketika saya akan membaca ayat kursi ketika melangkah dari pintu rumah ke pintu pagar sebelum masuk ke kereta. Sebenarnya tiada daya dan kekuatan untuk kita melainkan pertolongan Allah. Jadi saya menyerahkan semuanya pada Allah. Ustaz Ibrahim Muhammad berpesan juga supaya dibaca sebelum tidur 2 ayat 284-286 terakhir Surah Al Baqarah sebagai pendinding rumah di samping doa yang telah saya amalkan di atas. Keesokannya ketika pergi mengaji, kami singgah makan di gerai Kelantan sebelah kuaters Kastam Kelana Jaya. Memang dah lama kami tak bersarapan di situ, sejak kemaruk makan pulut dengan kelapa parut dan ikan masin di Restoran Jaya. Ternampak Kak Rokiah, tuan punya gerai yang menjual masakan Nogori yang saya belajar Rendang Cili Padi Nogori di SINI dan di SINI. Saya pergi menegur dan bersembang sembang berkenaan rendang yang diajar. Balik dari mengaji, kami bergegas ke Tropicana Medical Centre kerana YAB Dato Seri Azmin Ali Menteri Besar Selangor akan melawat Dato Salehuddin. Lama juga MB meluangkan masa di situ. Beliau ditemani oleh Setiausaha Politik beliau, CEO dan Pengarah TMC. Masa balik ke rumah saya teringat utnuk memasak Rendang Cili Padi Nogori kerana teringat ada stok ayam yang dah lama tersimpan. Lagi pulak rendang boleh disimpan lama di dalam freezer untuk dimakan oleh anak anak yang memang ada di rumah. Saya memasak memang ikut gerak hati. Rasa nak tumis, saya tumis. Rasa nak masak bahan kisar terus dengan ayam pun boleh. Begitu juga bahan bahan. Ada kala saya hiris, ada ketika saya kisar semua sekali. Ada juga separuh hiris dan separuh dikisar. Semua ikut gerak hati waktu di dapur. Tiada satu kaedah yang tetap dalam menyediakan Rendang. Tapi saya biasanya suka menghiris sebahagian bawang bawang, jika tidak dalam keadaan tergesa gesa. Tapi hari ini kerana tergesa gesa untuk ke TMC semula, saya kisarkan sahaja semuanya. Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Jika suka serdak rendang yang banyak, boleh tambah lagi kuantiti bahan yang digunakan. Tambahkan juga santan. Memasak bukan seperti membuat kuih muih, boleh juga ditambah dan dikurangkan bahan. Jika rasa kurang kerisik, tambah kerisik, rasa kurang masin tambah garam. Begitulah umpamanya. Rendang Cili Padi Nogori 1 ekor ayam 1 - 1 1/2 kotak santan kotak 2 - 4 batang serai - ketuk 2 sudu besar cili kering kisar - opsyenal untuk cantikkan warna supaya kemerahan 1 keping asam keping 4 keping daun limau purut - opsyenal. Saya letak sebab guna serai 2 sahaja 1 sudu besar kerisik Garam Gula Sedikit serbuk kunyit - jika perlu Minyak untuk menumis Bahan kisar 10 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1 inci kunyit hidup 1 inci halia 7-10 tangkai cili padi kampung - boleh tambah 4 hirisan nipis lengkuas Cara cara Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan kisar, serai dan cili kisar hingga air agak kering sedikit. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut. Masukkan santan dan air secukupnya. Bila mendidih masukkan asam keping, gula dan garam. Bila hampir terbit minyak, masukkan kerisik. Jika masuk daun limau purut, boleh masukkan ketika ini. Saya memang suka rasa dan bau daun limau purut. Atau boleh juga masukkan daun kunyit. Masak sehingga rendang hampir kering dan terbit minyak. Bolehlah ditutup api. Sedia untuk dinikmati.
Kalauikut resepi ini sesiapa pun boleh memasak rendang dengan sedap Berbalik pada menu ni sebenarnya saya masak rendang daging ni semalam 19153 likes 23 talking about this. Unik Menarik Resepi Rendang Pegaga Masakan Tradisi Negeri Sembilan - Duration Lagi satu saya suka sebab rendang mudah disimpan dengan dibekukan Melihat tajuk resepi jer
Sebelum masuk bab resepi, hari ini saya sangat terkejut apabila mendapat mesej dari anak anak tentang ikan koi Jepun yang dibela sejak kecil lagi telah diserang oleh makhluk apa pun tak pasti. 9 ekor kesemuanya. Ada yang hilang sebahagian kepala, ada yang hilang ekor dsb. Walaupun berulang kali saya mengucap kalimah Istirja' Inna lillahi wa inna ilaihiroji'un namun saya tidak dapat menahan sebak apabila setiba di rumah. Saya menangis kesedihan. Serasa sangat trajis kematian ikan ikan kesayangan saya itu. Mudah mudahan saya diberikan kesabaran yang tinggi menghadapi musibah ini. Gantikan lah dengan yang lagi baik, Ya Allah. Ameen. Ini adalah resepi Rendang Ayam yang saya sediakan sebaik balik dari pejabat hari Jumaat yang lalu. Setelah berhari hari tak menjamah nasi, teringinlah pula untuk meratah ayam dengan sedikit nasi. Namun segalanya tak seperti yang diinginkan bila badan badan tiba tiba merasa seram sejuk dan berpeluh seperti hendak pengsan. Agaknya terlalu lama saya berdiri menyiapkan bahan bahan dan saya pulak agak keletihan. Jadi masa makan pun, saya gagahkan sebab mahu makan bersama suami dan anak anak. Memang sungguh tak berselera bila badan tak sihat. Resepi di bawah adalah untuk 2 ekor ayam walaupun saya memasak hanya untuk seekor ayam sahaja. Senang untuk masak masa raya nanti kalau resepi untuk 2 ekor ayam terus. Rendang ini lebih sedap dikacau lama lama dengan api kecil sehingga berwarna gelap. Oleh kerana bahan bahan dihiris dan ditumis terlebih dahulu, rendang ini sangat tahan lama dan lambat basi. Saya bercadang untuk menggunakan resepi ini untuk masakan rendang pada hari raya nanti. Lol puasa pun belum, dah bercerita pasal raya. Seperti biasa, bulan Ramadhan adalah bulan di mana saya menggantung periuk belanga. Saya akan kurangkan sama sekali kegiatan di dapur dan menggunakan masa yang ada untuk perkara lain. Bukanlah maknanya tidak memasak langsung, tapi akan dikurangkan. Jom kita tengok resepi yang saya pelajari dari sahabat saya, Puan Rohaya aka Roy yang merupakan resepi keluarga beliau sejak dulu dan biasa dimasak untuk hidangan di hari raya. Kata Roy lagi, dia biasanya memasak sehingga 5 ekor ayam dan pada hari raya pertama sudah licin semuanya. Rendang Ayam Bahan bahan 2 ekor ayam 1 kg bawang merah - hiris 3 labu bawang putih - hiris 4 inci halia - hiris 4 inci lengkuas - tumbuk 2 inci kunyit hidup - tumbuk 4 batang serai - titik 4 senduk cili kisar - ikut suka pedas Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang 4 kg santan 2 keping asam keping - ikut rasa Garam Gula Daun kunyit - opsyenal Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap Cara cara Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja. Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api. Nota Setelah ayam masak, boleh keluarkan ayam terlebih dahulu dan masak bahan perencah sambil dikacau dengan api perlahan untuk menjadikan kuahnya berwarna agak gelap.
Tutorial} rendang ayam azie kitchen. Santapan Senja | Rendang Ayam Azie Kitchen ~ memang waktu ini sedang banyak dicari oleh sebagian orang disekitar kita, mungkin salah satunya anda. Masyarakat jaman now memang telah terbiasa memanfaatkan internet di ponsel untuk mendapatkan informasi gambar maupun video untuk dijadikan ide dan sesuai judul postingan kali ini admin akan membahas tentang
4/15/2023 Alhamdulillah hari ini kita telah berada pada hari ke 24 Ramadhan. Malam ini malam ke 25. Semoga kita terus istiqomah dalam beribadah tanpa mengira malam ganjil atau malam genap di malam malam akhir Ramadhan ini. Insya Allah jika kita ikhlas, kita pasti akan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah. Sebelum masuk bab resipi, saya sekadar ingin mencoretkan sekarang ini ramai betul wanita dan para lelaki yang membuat content masakan di socia media. Perkembangan yang bagus untuk mendekatkan anak anak muda dengan dapur dan masakan. Cuma saya yang dah kategori nenek nenek ini, memang tak akan mengikut resipi orang orang muda ni. Resipi yang dikongsi demi content. Saya dari dulu sejak dibangku sekolah memang peminat resipi, pencinta resipi dan pengumpul resipi. Saya buat blog dan video channel lebih 10 tahun dulu untuk berkongsi resipi. Bukan berkongsi untuk content. Saya masak dan share. Kalau ada yang nak tengok, silakan. Kalau ada yang nak ikut, silakan. Itu sahaja. Jadi saya ambil hanya resipi emak emak turun temurun atau resipi orang berniaga. Resipi tested lah dan yang boleh dipercayai. Insya Allah saya akan kekal dengan identiti dan cara saya sehingga satu masa saya bersara dari dunia blogging. OK setakat ini dahulu. Cadangan asal hanya untuk menyediakan ayam goreng garam kunyit sahaja sebagai lauk nasi lemak. Tapi terfikir pulak, kalau dibuat lauk berkuah, boleh dimakan dengan nasi putih. Itu yang tukar fikiran, ke rendang pedas ayam. Ini kiranya a keeper recipe untuk rendang pedas ayam. Untuk rendang ini, kita boleh membuatnya sedikit kering dengan dimasak dan kering lama lama. Sedap makan dengan lemang. Tapi hari ini, saya buat sedikit berkuah atau basah untuk dimakan dengan nasi lemak hijau. Nasi lemak yang dikisar daun pandan. Jom layan resepi yang gerenti jadi dengan sedap di bawah ini. Jangan lupa untuk menonton video Azie Kitchen youtube channel di SINI untuk cara penyediaannya. Selamat mencuba... Rendang Pedas Ayam My Signature Dish 50 gram kelapa parut - digoreng keperangan 1 helai daun kunyit - hiris 1 sudu kecil gula - opsyenal 1 inci kunyit hidup - 10 gram 2-3 biji bawang besar - 210 gram 5 biji bawang merah - 50 gram 3 sudu besar penuh cili - 130 gram Masukkan semua sekali ke dalam kuali dan sekali sekala dikacau di bahagian dasar kuali untuk mengelakkan ayam hangit. Masak sehingga rendang kering yang disukai. Masukkan asam keping, gula dan garam secukup rasa. Jika ayam dikeluarkan dari peti ais, dimasak ayam terlebih dahulu sehingga air ayam kering sebelum dimasukkan bahan lain. Separuh dari bawang merah, boleh dihiris jika suka. Cara bonda mertua saya, semua bahan dihiris halus.
Resepirendang daging sedap azie kitchen ~ memang saat ini sedang banyak dicari oleh teman-teman disekitar kita, mungkin salah satunya sobat. Sebagian orang memang sudah terbiasa menggunakan internet di smartphone untuk melihat informasi gambar maupun video untuk dijadikan wawasan, dan sesuai judul postingan kali ini saya akan membagikan
6/24/2018 Rendang Ayam Pedas Perak versi Bonda Mertua saya sangat sedap dimakan dengan lemang, ketupat dan juga mee hoon. Ianya adalah rendang yang paling sedap di tekak saya. Ianya lain dari yang lain. Wallaaa sedap sangat. Saya ingin dedikasikan resepi ini buat arwah Bonda Mertua saya Hajah Esah Kulup Mat Sari yang menunjuk ajar saya resepi masakan rendang pedas ini. Resepi rendang yang mula mula saya pelajari. Sama sama doakan agar roh arwah dicucuri rahmah dan diampuni segala dosa. Semoga arwah mendapat pahala dari perkongsian ini. Aameen. Ketika menghadiri majlis pernikahan anak buah suami di Ampang Jaya, saya dibekalkan dengan sebekas rendang ayam, mee hoon, kuih bakar dan agar agar kemenyan untuk berbuka puasa. Rendang Pedas Perak, bisik Zatul, yang kebetulan duduk bersebelahan saya. Menelan nelan air liur melihat Zatul dan tetamu lain makan. Setelah merasa rendangnya waktu berbuka puasa, tiba tiba teringatkan rendang yang setiap tahun disediakan oleh Bonda Mertua kerana rasa dan rupanya sangat sama. Sejak berkahwin, saya akan balik kampung suami sehari atau dua hari sebelum raya. Jadi hari sebelum raya, memang suami akan ke pasar bersama Bonda Mertua untuk membeli bahan bahan untuk dimasak rendang dan lain lain juadah raya. Saya akan turut sama menghiris bahan bahan yang digunakan untuk masakan rendang. Semua bahan dihiris kecuali cili kering, lengkuas dan kunyit hidup. Memang agak remeh dan memakan masa. Saya jenis yang tidak tahan panas. Jadi suami akan cari kipas angin dan dipasang ke arah saya yang berpeluh peluh kepanasan. Saya selalu terfikir kenapa perlu dihiris, kenapa tidak dikisar sahaja. Tapi ketika itu, saya tidak berani bertanya. Hanya mengikut sahaja apa yang disuruh. Setelah semuanya siap dihiris, dimasukkan ke dalam kuali besar, barulah api dinyalakan. Dapur gas diletak dilantai bagi memudahkan untuk selalu dikacau. Ketika itu, saya tidak pula memerhatikan sukatan bahan bahannya kerana ianya dimasukkan ala campak campak sahaja. Bayangkan ketika berbuka puasa, kami akan makan rendang yang telah dimasak dari pagi itu secara beramai ramai dengan duduk bersila di lantai. Rendangnya agak berbeza kerana ianya kering dan berserdak kerana penggunaan kelapa parut yang digoreng. Jadi rendangnya memang sedap dicicah dengan lemang. Memang lain dengan rendang biasa yang kita temui di kedai kedai yang dimasak untuk dimakan dengan nasi campur. Ianya berwarna kemerahan dan kering, tidak berminyak minyak. Lagi lama dipanaskan akan lagi kering dan sedap. Cuma pastikan api kecil dan dibiarkan rendang lama lama sehingga kering dan tidak lagi kelihatan basah. Hari ini saya tidak menghiris bawang kerana saya merasmikan penggunaan blender Phillips yang saya beli semalam. Ianya boleh mengisar bawang tanpa menggunakan air. Bahan lain semua dihiris halus mengikut cara Bonda Mertua. Jom layan resepi yang saya salin berdasarkan sukatan yang biasa saya guna dalam menyediakan rendang, cuma kaedah penyediaannya sahaja mengikut cara arwah Bonda Mertua. Maklum dia memasak dalam jumlah yang banyak dalam 4-5 ekor ayam sekali masak. Jangan lupa video penyediaannya ada di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua 2 ekor ayam - dipotong 14 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 1/2 sudu besar garam kasar atau secukup rasa 1 sudu besar gula pasir atau secukup rasa 15 - 20 tangkai cili kering - saya guna 8-9 sudu besar cili kisar Masukkan ayam yang dicuci bersih ke dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan bahan kisar ke dalam kuali. Kacau rata. Nyalakan api dan masak seketika agak agak air ayam kering sedikit. Tuangkan santan dan masak dengan api sederhana sehingga kuah hampir kering. Api jangan besar, lagi baik kalau guna api kecil. Kacau sekali sekala supaya ianya tidak hangus dan melekat di bahagian bawah kuali. Tapi kena berhati hati supaya isi ayam tidak hancur. Nota teknik mengacau sangat penting. Jangan kacau bahagian ayam, cuma dikacau di bahagian bawah kuali sahaja. Sementara itu, goreng kelapa parut sehingga keperangan dan tumbuk atau kisar kasar kasar sahaja. Setelah kuah hampir kering dan terbit minyak, masukkan kelapa goreng, garam, gula dan asam keping. Setelah kuahnya kering, tabur hirisan daun kunyit dan bolehlah ditutup api. Lagi lama atas dapur, rendang akan menjadi lebih kering, tidak kelihatan basah dan lebih sedap. Boleh tambah cili kisar mengikut kepedasan yang diingini ketika rendang sedang dimasak di atas dapur. Jika mahu lebih sedap, biarkan rendang lama lama di atas dapur dengan api kecil sehingga rendang tidak lagi kelihatan basah. Minyak akan kering dan menyerap semula pada ayam.
ReadOr Download Gallery of blog cik intan berlian ayam stim habatus sauda dan serbuk kayu manis - Ayam Masak Kurma | norzie hany ayam masak kurma, amie s little kitchen berkenalan dengan herba cina ba bao lapan, food i aneka jenis lauk melayu tradisional dan moden, from dapur bubu lemang jagung n rendang ayam for raya haji,
Alhamdulillah setelah hampir seminggu tak update blog, saya pagi ini diberi sedikit kelapangan dan kekuatan untuk update blog. Kadang kadang datang rasa kurang semangat dan kurang motivasi. Haa kepada follower Azie Kitchen untuk klik follow blog saya. Anda akan mendapat notifikasi bila ada resipi di update ke dalam blog. Juga jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog tau. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima ini saya kongsikan petikan dari Kuliah Zoom Ustazah Dato Dr Fatma surah Al Fatihah bersyukur kerana Allah memilih kita untuk berada dalam majlis ilmu. Orang yang memberi ilmu dan mencari ilmu, keduanya akan berada di ada sebab kenapa surah Al Fatihah yang mengandungi 7 ayat diletak di depan sekali. Banyak nama pada surah Al Fatihah. Dikenali juga sebagai Ummul kitab, mother of the kitab. Surah ini juga dinamakan Ummul Quran atau Ummul Kitaab kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan juga menjadi inti sari daripada kandungan Al-Quran itu ini juga turut dinamakan sebagai As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat. Tak hafal Al Fatihah tak boleh solat. Solat tak sah jika tak baca Al Fatihah. 7 ayat yang berulang ulang dibaca setiap hari. Ianya adalah satu surah terbaik dalam Al kena tahu apa dia Al Quran. Al Quran mengandungi 5 perkara iaitu Tauhid, ibadah, hari kiamat, akhlak dan sejarah. 5 perkara tersebut terkandung dalam 7 ayat dalam surah Al Fatihah. Al Quran boleh jadikan kita ahli syurga atau berkenaan Allah yang Maha Esa, Ibadah yang diperintahkan, bereknaan hari kiamat yang mana hari kemusnahan alam, akhlak menunjukkan cara hidup yang sebenar, sejarah apa telah terjadi pada mereka yang engkar perintah ialah salah satu ayat dari Al Fatihah. Semua benda kita buat, mulakan dengan kalimah Bismillah. Allah ada 99 nama. Nama teragung ialah Allah. Jadi Bismillah. Sesungguhnya Rahmat ku melebihi kemarahan rabbil 'alamin. Ar Rahman Ar Rahim. Segala pujian kepada Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita masuk Syurga dengan rahmat Allah. Bukan dengan amalan kita. Kalau kita tak ada Rahmat, Allah tak bagi rahmat. Yakin dengan Allah. Kalau saya sakit ya Allah, berilah Rahman dan Rahim pada ku ya Allah. Rahmat Allah sangat besar, Allah bagi kita ada mata, ada telinga. Jadi Bismillah dan segala puji dan segala syukur pada mu ya yaumiddiin hari kiamat. Yang Menguasai hari pembalasan. Hari kiamat iaitu hari kemusnahan alam dan manusia akan dibangkit untuk menghadapi hari pembalasan. Hari di mana ibu lari dari anak, isteri lari dari suami. Iyyaka na'budu waiyyaka nastaiin. Ikrar yakin kebesaran mu Ya Allah. Hanya engkau yang aku sembah dan hanya engkau tempat aku minta pertolongan. Bila perlu sesuatu, contoh di LHDN cuba minta tolong dengan Allah. Kalau kita sakiit, kita bertanya siapa best doktor in gastric. Bukan minta tolong dengan Allah. Kalau abang kita PM sekali pun, kalau Allah tak bagi, tak akan jadi. Percayalah dengan kekuasaan Allah. Yakin dengan Allah. Ihdinashirratal mustaqim. Shiratalladzina an'amta alaihim. Tunjukkan kami jalan yang lurus that bridge dunia dan akhirat. Tunjuk lah kami jalan dan akhlak sebagaimana orang orang yang engkau beri nikmat. Keputusan aku betul dan tindankan aku buat biarlah betul. Ghairil maghduubi alaihim waladhaaliin. Bukan jalan jalan orang jahat yang Engkau murkai dan bukan jalan orang orang yang sesat. Orang Yahudi ada ilmu kerana mereka ada kitab Taurat tapi tak guna dan tak ikut. Tahu benda betul dia buat juga. Bani Nasrani pula adalah orang yang sesat, mereka tak tahu yang mereka sesat tapi mereka ikut kata Yahudi menyebabkan Mariam difitnah dan Nabi Isa dibunuh sebelum diangkat ke langit. Aamiin bukan ayat Al Quran. Orang yang solat berjemaah dan mengucapkan aamiin’ perkenankanlah ketika imam selesai membaca surah al-Fatihah. Malaikat akan memohon Allah memperkenankan dengan berkata Aamiin di langit, maka bertepatan ucapan antara keduanya, maka diampuni dosa yang lalu bagi mereka yang mengucapkan rajin memasak nasi ayam kerana ianya adalah kegemaran anak anak. Kedua kerana senang tak perlu nak sediakan lauk pauk sampingan seperti sayur atau lauk bergoreng atau berkuah. Kira sekali siap, dah lengkap satu hidangan. Kali ini adalah resipi terbaru saya yang ada sedikit kelainan kerana saya menggunakan sedikit minyak bijan semasa menumis. Nasi ayam ala chinese style saya sebelum ini menggunakan lemak ayam tapi kali ini minyak bijan pula. Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di SINI dan di SINI. Selamat mencuba......Nasi Ayam Sedap Wajib CubaOleh Azie KitchenAyam Goreng1 ekor ayam - kgBahan perap1 sudu kecil serbuk 5 rempah½ sudu kecil serbuk lada putih1 sudu besar garam½ sudu besar gulaBahan Siram100 gram gula maltose - 3 - 4 sudu besar 700 ml air1 sudu besar cuka putihPewarna merah - jika sukaCara caraBersihkan ayam dan keringkan dengan tuala dapur. Cucuk dengan garfu supaya mudah serap bahan perap. Nota ayam yang saiz sederhana rata pada ayam dan diurut urut ke seluruh ayam supaya bahan perap semua bahan siram dan masak sehingga mendidih. Letak ayam atas penapis dan siram ayam selama 2 minit sehingga kulit ayam tegang. Gantung selama dua jam sehingga kulit tegang dan kering. Boleh juga tos atas jaring untuk keringkan minyak dalam kuali yang agak lebar. Goreng dengan cara letak ayam atas penapis dan siram minyak panas bertujuan untuk mengelakkan kulit ayam hangus. Siram selama 20 minit atau sehingga ayam masak. Angkat dan tos minyak. Sejukkan sebelum dipotong dan siram dengan sos kicap dan hias dengan daun ketumbar. Nota Saya goreng seketika dalam minyak kerana anak anak tak suka isi ayam yang masih berwarna AyamBahan A3 inci halia cincang - 15 gram1 sudu besar bawang putih cincang - 15 gram/4 ulas4 helai daun pandan2 sudu besar mentega - 50 gram2 sudu besar minyak bijan1000 ml air - 5-6 pot airBahan B450 gram beras - 3 pot1 ½ sudu kecil garamPanaskan minyak dan tumis daun pandan, halia dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan air dan masak hingga mendidih. Tuang bahan ke dalam periuk dan gaul dengan beras. Masak dalam periuk elektrik macam biasa. Nota nisbah 1 pot beras 2 pot air. Nota boleh juga masukkan air siap siap dalam periuk sekali dengan beras. Kemudian tuang bahan tumis. Sambal CiliBahan kisar6 biji cili merah - 100 gram6 ulas bawang putih - 30 gram2 biji bawang merah - 25 gram3 inci halia - 15 gram1 ½ sudu kecil garam2- 4 sudu besar gula - saya guna 49 biji limau kasturi - jus80-100 ml air Kisar semua bahan sehingga halus dan siap. Nota kuantiti gula bergantung pada kepedasan cili. Jika pedas, perlu lebih KicapBahan bahan4 sudu besar kicap manis6 sudu besar kicap masin1 sudu besar kicap pekat2 sudu besar minyak bijan4 btg akar ketumbar250 ml airMasukkan semua bahan di dalam kuali dan masak sehingga mendidih. Tutup api. Sup Nasi AyamBahan bahanLeher dan kepak ayam 3-4 ulas bawang putih - ketukDaun bawang - bahagian putih1-2 inci halia - ketuk½ kiub pati ayam - opsyenalGaram Serbuk lada sulahBahan lainFish ballDaun bawangBawang gorengSatukan semua bahan di dalam periuk yang mengandungi air bersama keropeh sehingga ayam menjadi lembut selama lebih kurang 30 sehingga 40 fish ball, jika suka. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah. Nota saya tidak guna garam untuk sup ini. Setelah masak, taburkan daun bawang dan bawang goreng.
KekBuah Kukus Yang Sedap. Resepi Nasi Ayam Nani Rostam yang dikatakan sangat sedap dan mendapat pujian sesiapa sahaja yang Nasi Ayam Paling Sedap Azie Kitchen Resepi Ibu 23597 views 1602 Nasi Ayam Power Dahlias. Resepi Kek Lumut Nestum - Resepi Azie Kitchen. 500 gram mixed fruit 6 biji telur gred A - guna 7 gred sederhana.
5/31/2019 Oleh kerana beberapa hari lagi nak beraya, kita nak share resepi ulangan iaitu rendang ayam. Beberapa hari lagi pasti ramai akan mula ke dapur untuk merendang. Seperti bisa, kita masuk dulu bab tazkirah. Tazkirah akhir bulan Ramadhan tahun ini di surau tempat saya bekerja. Tazkirah Ustaz Abu Jihad berkenaan hari hari akhir Ramadhan serta amalan sunat menjelang hari raya Aidil Fitri. Ada baki 4 hari lagi, kena pecut lagi laju. Dalam bulan Ramadhan Allah tak nak satu saat pun kita tak dapat pahala sehingga ketika tidur pun dapat pahala. Tidur sebab penat berpuasa. Diam orang berpuasa juga diberi pahala seolah sedang bertasbih. Sebab penat puasa hingga dia diam tak bercakap. Jadi dia diberi pahala. Dalam satu bulan Ramadhan adalah anugerah dari Allah dimulai rahmah, kedua maghfirah iaitu keampunan dan pengakhirannya adalah dibebas api neraka. 3 benda ini adalah intipati Ramadhan supaya bila kita keluar dari Ramadhan kita dapat paling banyak rahmat dan paling banyak Allah ampun dosa. Kalau boleh bersih seperti bayi. Kena pastikan bila keluar dari bulan Ramadhan kita, dijauhkan dari api neraka. Nabi ajar supaya kita berdoa minta dijauhkan dari neraka. Betapa penting nya jauh dari api neraka. Belum lagi bab azab tapi bab bunyi pun dah menggerunkan. Nabi dan sahabat mendengar bunyi jatuh berdentum dan Nabi bertanya apa yang kalian dengar tadi. Kata Nabi itulah bunyi sebiji batu yang dibaling dari puncak neraka dah sampai ke dasar neraka. Bila bunyi kuat bermakna ia dicampak dari tempat tinggi. Bila batu tersebut dicampak dari puncak? Ia dicampak dari puncak neraka sejak 70 tahun lalu. Bayangkan betapa dalamnya neraka sehingga 70 tahun baru sampai ke dasarnya. Itu baru berita betapa dalamnya neraka. Belum lagi cerita bab azab neraka. Azab neraka yang paling ringan ialah pakai terompah api neraka, menggelegak otak. Jauh kaki dengan otak tapi tetap menggelegak. Tiada azab yang lebih ringan dari itu. Bila masuk neraka, tak ada orang berani nak tarik atau selamatkan kita. Api dunia pun orang tak berani nak selamatkan. Ingat dulu kes kemalangan di lebuhraya di mana lari tangki telah melanggar lori yang sedang berhenti. Ianya menyebabkan lori terbakar dengan pemandunya sekali. Walaupun ramai yang melihat, tiada yang berani menolong. Yang ada hanya merakam video beliau yang sedang menjerit jerit meminta ditolong sahaja. Apa lagi api neraka. Jadi kena bermuhasabah sebelum tidur setiap malam, apakah amalan yang aku buat lepas aku tidur yang boleh menyelamatkan aku dari api neraka ya Allah. Para sahabat tak ada yang akan masuk neraka, pun mereka selalu bertanya pada Nabi apa kah amalan yang boleh selamatkan dari api neraka. Apa dia amalan itu yang boleh bantu kita di akhirat. 2 amalan seperti berikut Pertama syafaat Al Quran. Al Quran akan jadi pembela pada orang yang bersahabat dengan Al Quran. Walau macam mana baik dan loving pun kita dengan pasangan, belum tentu dia akan membantu kita di akhirat. Di akhirat, silap silap pasangan kita akan tuntut pahala dari kita. Tapi Al Quran akan tolong kita. Allah simpan syafaat Al Quran untuk kesannya dari pahala boleh tolong kita di akhirat. Jadi kita sekarang mungkin tak rasa kesan bacaan Al Quran selain dari memberi rasa tenang. Biar Ramadhan jadikan kita seronok dengan Al Quran. Kedua, syafaat dari sedekah. Sedekah juga akan jadi pembantu kita. Di dunia, sedekah menjadi sebagai benteng dari sebarang bala. Allah halang dari bencana. Di akhirat sedekah akan menjadi benteng dengan api neraka. Allah ringankan dan permudahkan urusan hidup kita. Sebab tiap hari Allah hantar 2 malaikat yang akan doakan kebaikan dan doakan keburukan buat kita. Bila jadi pemurah, akan didoakan kebaikan. Bila hari tu kita jadi orang kedekut, maka kita didoakan kecelakaan. Doa malaikat Allah tak tolak. Kedua, sedekah akan meringankan masa sakaratul maut. Mati itu sakit. Rasulullah pun sakit walaupun ketika malaikat nak ambik nyawa baginda, malaikat minta izin terlebih dahulu. Akhir sekali, sedekah akan meringan dan kemudahan ketika dihitung di hadapan Allah. Di hadapan Allah, kita seperti orang berada di kandang orang salah seperti mahkmah dunia. Kita akan cari amalan amalan yang boleh tolong selamatkan dari api neraka. Jadi perbanyakkan lah bersedekah di akhir Ramadhan ini. Boleh keluarkan zakat pendapatan ketika bulan Ramadhan untuk mengambil kesempatan pahala berganda. Jangan sesekali meninggalkan solat Terawih. Biar habis sekali dengan iman. Barulah dapat pahala seolah beribadah sepanjang malam. Kalau malam tersebut kebetulan dengan Lailatul Qadr, kita dapat seolah ibadah 1000 bulan. Kena anggap Ramadhan terakhir. Bab beraya pulak juga ibadah. Malam raya bermula Maghrib dah masuk 1 Syawal. Malam raya adalah termasuk malam yang mustajab doa. Malam lain ialah malam jumaat, malam nisfu syabaan, malam lailatul qadr, malam aidil fitri dan malam hari raya aidil adha. Kena perbanyakkan berdoa pada malam malam tersebut. Apa yang sunat dilakukan. Sunat melaungkan takbir setelah anak bulan syawal kelihatan. Tahu jer terus takbir sehingga selesai solat Aidil Fitri. Bayar zakat fitrah. Paling afhdal ialah sebelum solat raya. Itu sebab solat raya aidil fitri dilewatkan. Sunat malam raya berzikir dan solat tasbih. Sunat mandi dengan niat kedatangan hari raya sebelum ke masjid. Sunat pakai bau bauan yang harum bagi lelaki. Orang perempuan cukup sekadar bauan untuk hilangkan bau kurang enak. Membersihkan diri, buang bulu, potong kuku dan pakai pakaian yang elok menutup aurat. Pakaian raya jangan lah menyebabkan kita kena bakar balik dari api neraka. Sunat makan sedikit pada pagi sebelum ke masjid. Makan sekadar membezakan hari puasa dan hari raya yang boleh makan di siang hari. Solat raya. Sunat ke masjid untuk solat raya. Balik dari masjid disunatkan mengikut jalan lain untuk mengucapkan "Taqabbalallahu minna wa minkun". Apa apa kita buat seperti open house, di niat untuk ibadah untuk menyebarkan salam, bagi makan pada orang dan niat untuk menyambung silaturrahim. Namun begitu, jangan ada maksiat dalam majlis itu. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat... Rendang ayam ini sangat versatile. Boleh dimakan dengna apa sahaja. Nasi putih, nasi lemak, nasi impit, mee hoon, lemang dsb. Jadi tak perlu tunggu raya pun, boleh masak rendang. Insya Allah untuk raya ini, saya akan menyediakan rendang ayam versi Bonda Mertua saya di SINI. Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba... 2 senduk nasi cili kering kisar - ikut pedas disukai 2 helai daun kunyit - hiris halus 1 batang serai Cara cara Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan bahan hiris sehingga wangi. Masukkan cili kering kisar dan tumis lagi sehingga agak agak cili masak. Masukkan bahan kisar dan masak lagi sehingga bahan tumis terbit minyak. Masukkan ayam dan kacau rata sehingga ayam kecut dan air ayam kering. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih dan terbit minyak. Masukkan gula, gula Melaka, garam dan asam keping. Kemudian masukkan kerisik. Setelah hampir masak, taburkan daun kunyit. Tutup api bila kuah rendang sesuai dengan kesukaan masing masing. Jika untuk dimakan dengan nasi, saya suka rendang yang basah dan berkuah.
74f8Mm. i0752x852w.pages.dev/191i0752x852w.pages.dev/294i0752x852w.pages.dev/35i0752x852w.pages.dev/15i0752x852w.pages.dev/416i0752x852w.pages.dev/118i0752x852w.pages.dev/85i0752x852w.pages.dev/145
resepi rendang ayam sedap azie kitchen